fbpx

JHEAIK pantau kumpulan Hadi Minallah, kenal pasti pengikut di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video majlis perhimpunan dianjurkan kumpulan didakwa Hadi Minallah di Langkawi pada Jun lalu.

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memantau kumpulan Hadi Minallah dan pengikutnya di negeri ini susulan satu perhimpunan pertubuhan itu di Pulau Langkawi pada Jun lalu.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud berkata, siasatan awal mendapati pertubuhan dari Indonesia itu tidak aktif di Kedah dan sekadar menggunakan pulau peranginan tersebut sebagai lokasi perhimpunan.

“Kumpulan ini berasal dari Indonesia dan berpusat di Singapura. Belum ada cawangan di Kedah termasuk di Langkawi yang mana majlis berkenaan menghimpunkan semua ahlinya dari negeri lain juga.

“Walau bagaimanapun, kita memantau kegiatan mereka ini dan akan mengambil tindakan susulan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, JHEAIK akan bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti penduduk negeri ini yang terlibat dengan pertubuhan tersebut.

“JHEAIK juga menasihatkan agar orang ramai menjauhi kumpulan itu kerana dikhuatiri terpesong daripada ajaran Islam,” katanya.

Terdahulu, video memaparkan tindakan beberapa wanita yang berniqab memeluk dan mencium seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan itu dalam satu majlis konvokesyen di Langkawi viral di media sosial sejak semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI