fbpx

Pemaju batal hasrat bina asrama pekerja asing di Bertam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemaju akhirnya membatalkan cadangan pembinaan asrama warga asing setelah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak terutama penduduk sekitar.

GEORGE TOWN – Pemaju bagi pembinaan kuarters pekerja berpusat (CLQ) di Bertam Perindustrian Pulau Pinang akhirnya membatalkan hasrat meneruskan projek berkenaan setelah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk penduduk sekitar.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat pemaju, Lestari Duta setelah meneliti pandangan daripada pemegang taruh (stakeholders) termasuk penduduk berjiran dan jabatan-jabatan teknikal terlibat.

“Pemaju telah bersetuju untuk membatalkan asrama warga asing seperti yang terkandung di dalam pelan terdahulu.

“Pemaju akan memfokuskan pembinaan kilang berteknologi tinggi dengan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan jabatan-jabatan teknikal dan juga pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Penang Technology Park memberitahu, pemantauan berhubung perlaksanaan projek itu bagaimanapun akan terus dilaksanakan bagi memenuhi hasrat kerajaan negeri.

Mengenai keperluan asrama warga asing tersebut sama ada akan dibina di kawasan lain, Ahmad Zakiyuddin berkata, ini merupakan proses yang panjang dan pihak pemaju hanya akan menawarkan tapak industri kepada pelabur di kawasan tersebut.

Sebelum ini, penduduk di daerah Bertam, Kepala Batas meluahkan keresahan selain beberapa kali mengadakan perhimpunan aman bagi membantah cadangan pembinaan CLQ berhampiran kediaman mereka.

Pembinaan asrama pekerja itu dirancang dibangunkan di tapak seluas lebih 339 hektar di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir selain dikatakan mampu menempatkan hampir 18,000 pekerja di tujuh buah blok dengan ketinggian 10 tingkat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI