fbpx

SWM Environment pastikan pembersihan longkang mengikut jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWM Environment mengibarkan bendera Jalur Gemilang sempena Majlis Sambutan Hari Pekerja Pembersihan dan Pelancaran Kempen Jalur Gemilang di Taman Rekreasi Masjid Bandar Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn di sini.

JOHOR BAHRU – Isu banjir kilat yang kerap berlaku ketika ini membuatkan SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) memastikan pembersihan 14.22 juta meter persegi longkang dibawah seliaannya dibuat mengikut jadual.

Pengarah SWCorp Johor, Cairul Hisham Jalaluddin berkata, perkara itu wajib dipatuhi bagi memastikan tidak terdapat halangan didalam longkang yang boleh menyebabkan longkang tersumbat serta aliran air tersekat.

Katanya, penjagaan kebersihan longkang ini membantu mempercepatkan aliran air sekiranya berlaku banjir kilat seperti yang berlaku di bandar raya Johor Bahru, semalam.

“Kejadian banjir kilat semalam itu, disebabkan hujan terlalu lebat dan kebetulan air pasang. Keadaan seumpama itu pasti akan berlaku walaupun longkang bersih. Ia adalah alami.

“Tetapi kita akan pastikan longkang di bawah seliaan kita akan bersihkan mengikut jadual, bagi mengelakkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Pekerja Pembersihan dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Taman Rekreasi Masjid Bandar Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, di sini hari ini.

Semalam, dianggarkan hampir 500 kenderaan terjejas akibat banjir kilat yang melanda bandar raya Johor Bahru pada pukul 1.30 petang setelah lebih sejam hujan lebat.

Kira-kira 150 kenderaan di kawasan tempat letak kereta di tempat letak kereta berbayar di Jalan Ayer Molek juga ditenggalami air sehingga separuh kenderaan.

Cairul berkata, Johor, SWCorp juga bertanggungjawab melaksanakan kutipan sisa pepejal melibatkan 1.05 juta premis dan pembersihan jalan melibatkan 2.25 juta meter persegi serta pemotongan rumput dikawasan seluas 50.68 juta meter persegi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI