fbpx
Kediaman Zalina Azman.

Rumah Zalina Azman digeledah kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Rumah bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 57, di Seksyen 3 di sini digeledah buat kali ketiga dengan terbaharu pada minggu lalu.

Pengeledahan sebelum ini dilakukan pada November tahun lalu dan awal Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pemeriksaan rumah wanita itu dilakukan bersama Unit Anjing Pengesan (K9) dan Bahagian D10 (Forensik) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Tiga kali pemeriksaan dibuat di rumah Orang Hilang ( Zalina) dengan pemeriksaan terkini pada 28 Julai lalu.

“Bagaimanapun tiada petunjuk dan penemuan baharu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kehilangan Zalina sejak sembilan bulan lalu terus menjadi misteri apabila tiada sebarang petunjuk mengenainya sehingga kini.

Zalina dilaporkan hilang oleh anak lelakinya berusia 33 tahun pada 29 November tahun lalu.

Polis sebelum ini menyatakan Zalina dipercayai masih berada di negara ini susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini. -KOSMO! ONLINE.

POPULAR