fbpx

Ribut petir di 7 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri pada petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi hantaran Facebook memaklumkan, ia melibatkan Perak (Hilir Perak dan Muallim), Pahang (Raub), Selangor (Sabak Bernam), Negeri Sembilan (Tampin) dan Melaka.

“Selain itu, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) manakala Sabah melibatkan pantai barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ujarnya lagi, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI