fbpx

Mahkamah: Enakmen antilompat Pulau Pinang sah, berpelembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Persekutuan Putrajaya

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan bahawa peruntukan di bawah enakmen antilompat parti Pulau Pinang adalah sah dan berperlembagaan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh hakim hari ini berkata Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah sah kerana ia konsisten dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu panel tujuh hakim mahkamah itu memutuskan demikian selepas mendapati, hak individu untuk berpersatuan tidak terjejas namun tertakluk kepada undang-undang yang telah digubal oleh kerajaan negeri

Sekitar tahun 2020, empat ADUN iaitu Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim, Afif Bahardin (Seberang Jaya), Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bertam), dan Zolkifly Md Lazim (Telok Bahang) memfailkan saman terhadap Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Speakernya berhubung enakmen Antilompat parti negeri itu.

Pada 12 April 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Pulau Pinang, Azizan Md. Arshad membenarkan permohonan DUN Pulau Pinang dan Speakernya untuk merujuk persoalan kepada Mahkamah Persekutuan bagi membolehkan mahkamah itu mendengar dan memutuskan isu perlembagaan berkenaan enakmen anti lompat negeri itu.

DUN Pulau Pinang dan Speaker mahu Mahkamah Persekutuan memutuskan persoalan sama ada Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang adalah tidak sah kerana ia tidak konsisten dengan Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan berpersatuan.

Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang menyatakan bahawa seseorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hendaklah mengosongkan kerusinya jika telah dipilih sebagai calon parti politik, beliau perlu meletak jawatan atau dipecat daripada parti atau telah dipilih selain sebagai calon parti politik, menyertai parti politik lain.

Pembentangan usul supaya keempat-empat mereka mengosongkan kerusi telah ditangguhkan sementara menunggu selesai saman mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI