fbpx
Ahmad memotong ayam jualannya di Pasar Teluk Ketapang, Kuala Nerus semalam.

Ayam murah tidak laku di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Walaupun harga­ ayam mentah di Terengganu turun ke paras terendah dalam tempoh lebih setahun, sambutan pembeli terhadap bahan mentah itu dingin menyebabkan ia tidak laku di pasaran.

Rata-ratanya peniaga ayam ditemui di daerah ini dan Kuala Terengganu memberitahu, jualan mereka menurun sehingga 40 peratus walaupun harga sudah diturunkan sehingga RM7.30 sekilogram berbanding harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40.

Salah seorang peniaga, Ahmad Ibni Hasan, 38, berkata, secara purata hanya 100 ekor ayam terjual setiap hari berbanding 180 ekor sebelum ini.

“Pelanggan semakin kurang mungkin sebab mereka mempunyai banyak pilihan membeli ayam dengan harga murah.

“Saya menjual ayam mentah pada harga RM7.50 sekilogram iaitu paling rendah sejak tahun 2021. Sebelum ini ia berharga RM11.50 sebelum semakin turun RM8.50 sekilogram pada minggu lalu,” katanya di Pasar Teluk Ke­tapang di sini semalam.

Berita berkaitan: Kerajaan hentikan harga siling ayam selepas 31 Ogos

Tinjauan Kosmo! di beberapa pasar di daerah ini dan Kuala Terengganu mendapati ayam mentah dijual pada harga antara RM7.30 dan RM7.50 sekilogram.

Ahmad memberitahu, trend lambakan ayam setiap kali selepas musim perayaan adalah normal.

Seorang lagi peniaga ayam, Abdullah Endot, 55, berkata, pe­nurunan harga dedak punca harga ayam semakin murah di peringkat pembekal dan ladang.

“Pembekal kata harga makanan ayam turun RM1. Harga sudah murah di semua peringkat, namun pembeli pula makin berkurang.

“Jika sebelum ini saya mampu menjual sehingga 200 ekor ayam sehari, namun hari ini, kurang 100 ekor sehingga memaksa menyimpan lebihan ayam untuk dijual esok,” katanya.

POPULAR