fbpx
GAJAH mengepam darah hangat ke telinga dan mengepaknya bagi membebaskan haba.

Adaptasi haiwan berdepan cuaca panas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Kebanyakan haiwan beradaptasi untuk menyesuaikan diri dengan perubahan iklim semasa.

Berdasarkan satu kajian disiarkan We Forum, haiwan dikatakan mengatasi masalah pemanasan global dengan pelbagai cara, termasuk berhijrah ke kawasan lebih sejuk atau menukar masa migrasi dan musim pembiakan.

Tidak kurang juga, haiwan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim melalui perubahan bentuk badan.

Kajian itu mendapati, bagaimana haiwan tertentu telah berubah saiz telinga, ekor, paruh dan bahagian badan lain untuk mengatasi haba untuk tempoh yang lama.

Contoh perubahan bentuk yang paling banyak didokumentasikan melibatkan burung, khususnya, peningkatan ukuran paruh, termasuk beberapa spesies burung di Australia.

Kajian menunjukkan ukuran paruh burung tersebut meningkat antara empat hingga 10 peratus sejak 1871.

Pemanasan global merupakan cabaran besar bagi haiwan berdarah panas bagi mengekalkan suhu dalaman badan.

Seperti orang yang mengalami strok haba, ia membuatkan badan haiwan sangat stres apabila panas.

Seperti diketahui, haiwan menggunakan pelengkap badan untuk mengawal suhu dalam tubuh.

Sebagai contoh gajah Afrika, mengepam darah hangat ke telinga besar, kemudian mengepaknya untuk menyebarkan haba.

Selain itu, paruh burung juga melakukan fungsi, yang mana aliran darah boleh dialihkan ke paruh apabila ia berasa panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN