fbpx

Terjemah semangat hijrah secara syumul dalam kehidupan – Sultan Kedah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Exco Kedah, Datuk Wan Romani Wan Salim menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1444H/2022 kepada pemilik Haji Ismail Group, Allahyarham Ismail Ahmad yang diterima isterinya, Yah Othman.

ALOR SETAR – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyeru umat Islam khususnya di negeri ini supaya sentiasa menghayati semangat hijrah dan menterjemahkannya secara syumul dalam menjalani kehidupan.

Titah baginda, ramai dalam kalangan umat Islam seolah-olah masih tidak memahami definisi hijrah secara keseluruhan dan membiarkannya kekal dengan tafsiran terhad tanpa mahu melihat hikmah hijrah daripada dimensi berbeza.

“Sekiranya konsep hijrah itu difahami secara tersurat dan tersirat, kalangan umat Islam tentunya akan lebih menghargai masa untuk melakukan perubahan dan penghijrahan dalam diri masing-masing.

“Sebagai umat Islam, perubahan ke arah lebih baik tidak memerlukan kita menunggu waktu tertentu, sebaliknya perkara itu boleh dilakukan pada setiap masa,” titah Sultan Sallehuddin.

Baginda bertitah demikian secara dalam talian sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah di sebuah hotel di sini hari ini.

Seiring dengan tema sambutan Maal Hijrah kali ini iaitu Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran, Sultan Sallehuddin turut menasihatkan seluruh umat Islam agar memberi keutamaan dan perhatian khusus kepada aspek – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI