fbpx

Penunggang motosikal tular khayal, hidu gam ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar sebuah video tular di Facebook memaparkan seorang lelaki menunggang dalam keadaan khayal disyaki menghidu gam pada Julai lalu. FOTO: IHSAN FACEBOOK.

SEREMBAN – Seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan khayal dipercayai menghidu gam seperti yang tular dalam sebuah video di media sosial Facebook bulan lalu berjaya ditahan polis di Port Dickson semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek berusia 28 tahun itu berjaya dikesan pada pukul 11 pagi semalam hasil daripada risikan berterusan yang dilakukan.

“Suspek ditahan di premis pusat cuci kereta Stesen Minyak Caltex di Jalan Dato’ Haji Abdul Samad, Port Dickson dan dia telah dibawa ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut.

“Hasil soal siasat suspek mengaku menunggang motosikal dalam keadaan khayal dan sedang menghidu gam. Ujian saringan awal air kencing telah dijalankan ke atas suspek dan mendapati keputusan saringan adalah negatif daripada sebarang penyalahgunan dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, suspek telah dikenakan tindakan di bawah Kaedah 4 PU(A) 043/73 Kaedah Lalulintas iaitu kesalahan tidak memakai topi kaledar dan Seksyen 14(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana tidak memperagakan nombor pendaftaran.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana tiada lesen memandu dan disiasat bagi lain-lain kesalahan,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! Malaysia melaporkan rakaman video berdurasi 40 saat itu telah tular di Facebook dan dikongsikan halaman “Mynewshub” lebih kurang pukul 6.30 petang, 2 Julai lalu memaparkan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang disyaki berada dalam keadaan khayal.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI