fbpx

Malaysia banyak bangunan pencakar langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Pengarah JBPM Dato Seri Mohammad Hamdan Wahid, bergambar kenangan dengan peserta seminar selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran hari ini.-FOTO : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Malaysia merekodkan lebih 1,000 bangunan pencakar langit iaitu antara terbanyak di negara Asia pada tahun 2022.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, oleh itu aspek penyelenggaraan kebakaran perlu dititikberatkan oleh pemain industri bagi mengelak insiden yang boleh meragut nyawa penghuni bangunan pencakar langit itu.

“Mengikut standard piawaian daripada negara British, bangunan pencakar langit didefinisikan sebagai bangunan melebihi 150 meter.

“Kalau kita lihat rata-rata bangunan kediaman di Malaysia terutama di kawasan bandar dikategori bangunan pencakar langit,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran, Penyelenggaraan dan Penguatkuasaan Dalam Bangunan Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort di sini.

Menurut Mohammad Hamdan, data bangunan pencakar langit itu diperoleh melalui kajian yang dilakukan oleh sebuah badan swasta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI