fbpx

Cuaca buruk di 7 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca buruk melibatkan ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda tujuh negeri pada pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, ia melibatkan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.

“Di Pahang pula membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.

“Selain itu, cuaca buruk dijangkakan berlaku di seluruh kawasan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi di sebelah selatan, hujan lebat dijangka melanda Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Ia juga melibatkan keseluruhan kawasan di Melaka manakala di Johor hanya tertumpu di Tangkak dan Muar.

“Keadaan cuaca buruk ini dijangka akan berlarutan sehingga pukul 10 pagi nanti,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI