fbpx

AUG 2022: Peluang Muay Thai ‘curi’ emas Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KABILAN (kanan) akan turun membuat perhitungan dengan atlet tuan rumah pada final 60kg AUG 2022 esok.

UBON RATCHATHANI – Atlet Muay Thai negara, Kabilan Jelevan Thiagarajan enggan cepat menyerah kalah biarpun bertemu pilihan utama dari Thailand dalam aksi final 60 kilogram (kg) Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 esok.

Menurut Kabilan, lawannya itu mempunyai kelebihan tersendiri terutama dari segi sokongan padu para penyokong pada aksi di Gimnasium Kampus Utama Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat itu nanti.

“Saya jangka satu pertarungan sengit di final nanti kerana setiap atlet itu ada kekuatan dan kelemahan masing-masing walaupun kami tidak pernah bertemu sesama sendiri.

“Buat masa ini saya berada pada keadaan terbaik tanpa mengalami sebarang kecederaan. Cuma ada beberapa aspek perlu diperbaiki sebelum aksi final.

“Saya akan berusaha sehabis baik dan memberikan tentangan secukupnya demi membanggakan nama Malaysia di sini,” katanya.

Sebagai rekod, acara Muay Thai kembali dipertandingkan dalam edisi ke-20 kali ini selepas tiada sewaktu penganjuran AUG 2018 di Nay Pyi Daw, Myanmar.

Walaupun cuma menyasarka satu perak da tiga gangsa tetapi skuad Muay Thai negara tetap mempunyai peluang untuk mencipta kejutan ‘mencuri’ emas dari bumi Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI