fbpx

Pencapaian renang masih memuaskan di AUG 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBASTIAN muncul perenang terbaik negara dengan tiga pingat emas pada AUG 2022.

UBON RATCHATHANI – Pengurus pasukan renang negara, Tan Seng Seng tetap memuji prestasi barisan atletnya biarpun gagal menepati sasaran lapan pingat emas pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Menurutnya, kejayaan membawa pulang enam emas, 11 pe­rak dan 10 gangsa serta satu rekod baharu AUG sudah merupakan pencapaian memuaskan daripada mereka.

“Kita sebenarnya boleh mencapai sasaran yang ditetapkan cuma tidak bernasib baik pada saingan 4x100m (meter) dan 200m gaya bebas termasuklah penyertaan membabitkan acara 50m kuak dada.

“Secara keseluruhan, saya tetap berpuas hati dengan pres­tasi mereka walaupun kali pertama menyertai kejohanan ini, namun tetap membawa pulang pingat.

“Jika diikutkan, atlet renang negara tidak pulang dengan ta­ngan kosong apabila 15 daripada 17 perenang membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat pada kejohanan ini,” kata Seng Seng.

Antara perenang negara pa­ling menyerlah pada edisi ke-20 ini ialah Sebastian Soon dengan tiga emas selain juga merupakan anggota skuad 4x200m gaya bebas lelaki yang memecahkan rekod temasya.

Tiga lagi perenang melengkapkan skuad 4x200m gaya bebas lelaki ialah Welson Sim, Low Zheng Yong dan Terence Ng Shin Jie menerusi catatan baharu 7 minit 32:34 saat.

Lima lagi pingat kem negara di Kampus Ban Yang Noi hadir menerusi 400m gaya bebas lelaki, 1,500m gaya bebas lelaki, 400m individu lelaki, 100m gaya bebas lelaki dan 400m kuak lentang lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI