fbpx
Abdul Halim (berdiri, tengah) menyerahkan replika cek kepada para penerima dana kerajaan negeri ketika Majlis Pra Pelancaran Kempen Keushawanan Satu Budaya Pulau Pinang 2022-2030 di George Town hari ini.

Pelaburan Pulau Pinang cecah RM76.2 bilion tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Sektor pembuatan di Pulau Pinang mencatatkan pelaburan tertinggi dari dalam dan luar negara iaitu sebanyak RM76.2 billion pada tahun 2021 iaitu yang tertinggi dalam rekod pelaburan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Industri dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Abdul Halim Hussain berkata, sektor semikonduktor iaitu elektrik dan elektronik kekal menjadi sektor penting di Pulau Pinang sehingga kini.

“Bagaimanapun kerajaan negeri akan turut memberi perhatian kepada sektor pembuatan yang bukan semikonduktor seperti peralatan perubatan, pertahanan, aeroangkasa dan sektor bukan pembuatan seperti sektor perkhidmatan dan lain-lain.

”Kerajaan negeri setakat ini berpuas hati dengan pencapaian ekonomi Pulau Pinang dengan sektor pembuatan mencatatkan pelaburan tertinggi dari dalam dan luar negara iaitu sebanyak RM76.2 billion pada tahun 2021, tertinggi dalam rekod,” katanya selepas melancarkan Majlis Pra Pelancaran Kempen Keushawanan Satu Budaya Pulau Pinang 2022-2030 di sini hari ini.

Menurut Abdul Halim, sektor pengeluaran dan pembuatan makanan merupakan satu sektor penting yang perlu diteroka para usahawan di Pulau Pinang agar negeri itu mampu menjadi negeri yang berdikari sendiri dalam sektor berkenaan.

”Kita akan memberi fokus kepada sektor pengeluaran makanan bagi memastikan tahap keselamatan makanan di Pulau Pinang berada pada paras tinggi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sempena Kempen Keusahawanan Satu Budaya Pulau Pinang 2022-2030 kerajaan negeri menyasar untuk melahirkan 100,000 usahawan dalam tempoh 2022 hingga 2030 bagi menaiktaraf ekonomi serta meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat negeri itu. -KOSMO! ONLINE

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN