fbpx
Khorn Srey Pov, 17, maut selepas terkena renjatan elektrik melalui telefon bimbitnya ketika tidur. - Newsflash

Remaja maut tertidur di atas telefon dicas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH, Kemboja – Seorang remaja perempuan meninggal dunia akibat renjatan elektrik semasa  tertidur di atas telefon bimbitnya yang sedang dicas selepas dia mandi, lapor akhbar Mirror UK, kelmarin.

Mangsa, Khorn Srey Pov ditemui mati dalam keadaan menindih telefonnya. Mangsa bertugas sebagai penterjemah bahasa Mandarin di syarikat perlombongan emas Sing Yon Kong Yik di wilayah Kratie, Kemboja.

Pada hari kejadian, remaja berusia 17 tahun itu baru selesai mandi. Dia kemudian mengecas telefon dan menghidupkan lampu suluhnya.

Beberapa pegawai tempatan berkata, dia maut di tempat kejadian  akibat renjatan elektrik dengan voltan tinggi pada 27 Julai lalu.

Kematiannya mencetuskan perdebatan media sosial mengenai keselamatan pengecas telefon.

“Mereka sepatutnya mengadakan kempen kesedaran awam tentang cara mengendalikan peralatan elektrik. Saya melihat orang ramai sering menyentuh wayar hidup  dan insiden malang seperti ini kerap berlaku,” kata seorang pengguna media sosial.

“Walaupun anda berada dalam keadaan kering, namun ia bukan idea yang baik untuk mempunyai salah satu daripada peralatan elektronik di atas katil bersama anda. Insiden ini sangat tragis,” kata seorang lagi netizen. – Agensi

POPULAR