fbpx
BEBE NUR ARDEELA

Bebe pilih lelaki tempatan senang balik beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JIKA dilihat kebanyakan gadis seusianya sudah berkeluarga dan memiliki cahaya mata, namun situasi itu tidak memberi tekanan kepada gadis Pesona Ahad minggu ini, Bebe Nur Ardeela Mohamad Yunus Khan.

Anak kelahiran Butterworth, Pulau Pinang berusia 27 tahun itu selesa memberi fokus terhadap diri dan keluarganya, malah memasang impian untuk membuka perniagaan sendiri kerana sejak kecil dibesarkan dalam keluarga berniaga.

Gadis yang mesra disapa Bebe itu memberitahu, kehidupan zaman kanak-kanak hingga dewasa banyak mengajarnya erti kecekalan dan kepayahan selepas melihat ibu bapanya gigih mencari rezeki sebagai peniaga nasi lemak selama 22 tahun untuk menyara mereka tiga beradik.

Kepada Kosmo! Ahad, anak kedua daripada tiga beradik itu berkongsi termasuk impiannya menjadi usahawan berjaya dan membanggakan orang tua yang banyak menabur jasa.

Kosmo! Ahad: Kongsikan serba sedikit mengenai Bebe?
Saya bekerja sebagai penganalisis kos di sebuah syarikat elektronik di Kulim. Selain ‘makan gaji’, saya mengusahakan perniagaan Nasi Lemak Ayam Goreng ‘Crunchy’ bersama kakak, Bebe Nur Aqeela, 29, di cawangan keempat kami di Tasek Gelugor, Butterworth selepas membuka tiga cawangan di Lembah Klang.

Apa yang mendorong Bebe ceburi bidang perniagaan makanan?
Sejak kecil, kami tiga beradik dibesarkan dalam keluarga yang berniaga. Ini menjadi titik permulaan saya meminati dunia perniagaan. Dengan berniaga, saya dapat mengenali lebih ramai orang dan bertukar pendapat.

BEBE meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang pada usia 28 tahun.

Siapa idola Bebe?
Selebriti Neelofa ke­rana walaupun dikenali ramai beliau tidak tidak pernah berasa selesa dengan kedudukannya, sebaliknya melebarkan sayap dalam bidang perniagaan fesyen dan makanan. Produknya juga bermutu tinggi menjadikan beliau kelihatan lebih berkarisma sebagai usahawan wanita berjaya.

Pernah mengalami kejatuhan?
Tipulah dalam berniaga tidak jatuh, tetapi saya belajar daripada kesilapan. Buat post-mortem supaya lebih peka pada masa akan datang. Pengalaman adalah guru terbaik. Selain itu, perbaiki hubungan dengan Pencipta kera­na saya yakin rezeki dari Allah.

Sasaran umur untuk berumah tangga?
Saya kerap mendapat pertanyaan tentang kahwin. Sewaktu belajar, saya letak sasaran untuk menamatkan zaman bujang pada usia 27 atau 28 tahun, jadi pada usia sekarang saya reda soal jodoh kerana Dia lebih mengetahui.

Pasangan tempatan atau warga asing, mana yang menjadi pilihan Bebe?
Saya tidak meletakkan apa-apa syarat sebagai pasangan. Jika diberi pilihan sudah semestinya warga tempatan kerana lebih mudah untuk pulang beraya (ketawa).

Ciri-ciri jejaka pilihan?
Lelaki yang bertanggungjawab kepada agama, ibu bapa, pasa­ngan dan pekerjaan. Kalau berharta dan rupa paras menarik itu adalah bonus. -KOSMO! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN