fbpx

‘Budak bedak’ Ryan Bakery jadi kegilaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RYAN FAHMI atau Ryan Bakery popular dengan kandungan lucu, khususnya dalam TikTok.

BENARLAH kata orang, rezeki tidak pernah salah alamat.

Perkara tersebut berlaku kepada pencipta kandungan kreatif terkenal, Ryan Bakery ketika ini apabila namanya menjadi sebutan sehingga dijemput ke program MeleTOP, Selasa lalu.

Sejak aktif dalam media sosial sekitar tahun 2020, dia dikatakan bijak menghasilkan video-video lucu yang membawa khalayak mengimbau kenangan zaman persekolahan dan kanak-kanak.

Antara karakter popularnya sehingga menjadi kegilaan ramai dan tular ialah mat songkok dan budak bedak yang sering memberi jelingan maut serta video air ‘mellow’.

Lebih menaikkan namanya ialah apabila dia turut berkolaborasi bersama pelawak terkenal, Shuib dalam beberapa buah video.

Sehingga kini, akaun TikToknya diikuti 2.4 juta pengikut dan meraih 68.2 juta bagi keseluruhan tanda suka untuk video-videonya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI