fbpx

Isyariana persis Fattah Amin versi wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NETIZEN menyamakan Isyariana dengan Fattah Amin.

TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba video nyanyian pelakon Isyariana meledak dalam media sosial.

Dalam video tersebut, bekas peserta Akademi Fantasia itu menyanyikan lagu milik Rossa iaitu Hati Yang Kau Sakiti.

Selain kemerduan suaranya dipuji, netizen turut menyamakan wajah pelakon drama Hati Dikhianati itu dengan Fattah Amin.

Sebelum ini, dia juga sering diberikan jolokan sebagai Agnes Monica Malaysia kerana wajahnya dikatakan mirip dengan selebriti popular Indonesia itu.

“Kenapa wajah dia seperti Fattah versi perempuan?” komen netizen.

“Kalau berlakon drama dengan Fattah, mereka boleh jadi adik-beradik sebab wajah agak seiras,” cadang seorang lagi netizen.

Mungkin selepas ini Isyariana dan Fattah boleh berlakon sebagai adik-beradik dalam mana-mana drama?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI