fbpx

Polis cari tiga individu kes dera budak lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dikehendaki polis.

JEMPOL – Polis mencari tiga individu yang mempunyai hubungan persaudaraan bagi siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol, di sini, kelmarin.

Mereka ialah R. Guna Silan, 42; K Nagamah, 41, dan G Nisha, 21. Kesemuanya beralamat di Taman Seri Mahsan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, laporan telah dibuat oleh pengadu iaitu ibu mangsa sendiri di Balai Polis Bandar Seri Jempol yang menyatakan anak perempuannya telah didera.

Menurutnya, pendera terdiri dari seorang lelaki iaitu bapa saudara dan dua perempuan iaitu ibu saudara serta sepupu pengadu.

“Hasil siasatan mendapati, mangsa dalam kejadian ini ialah anak sulong pengadu. Mangsa didapati mempunyai kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan.

“Mangsa kini dirawat dan dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah dan telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jempol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, kejadian penderaan tersebut bermula 26 Mei lalu sehinggalah mangsa telah diselamatkan oleh ibu saudara pengadu.

Bagaimanapun menurutnya, ketiga-tiga suspek telah menghilangkan diri sebelum laporan polis dibuat.

“Sehubungan itu, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung suspek kes ini diminta tampil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI