fbpx

Permohonan strata diproses ikut piagam Pejabat Tanah dan Galian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (kanan) ketika menjawab soalan di DUN Selangor hari ini

SHAH ALAM – Permohonan hak milik strata yang lengkap di Selangor sudah diproses mengikut tempoh ditetapkan piagam pelanggan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri komited menyelesaikan isu skim pembangunan strata yang belum mempunyai hak milik.

“Langkah yang bakal dilaksanakan PTG Selangor iaitu membantu menyenaraikan skim strata kepada yang belum menerimanya dan menyelaraskan proses dalam hak milik tersebut.

“Selain itu, kita mengenal pasti masalah berkaitan termasuk pemantauan terhadap skim bermasalah dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Haniza Mohamed Talha (PBM-Lembah Jaya) berhubung penyelesaian kerajaan negeri dalam isu pemberian hak milik strata kepada pembeli yang menunggu lebih 10 tahun.

Jelas Amirudin, satu pasukan khas turut ditubuhkan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Menerusi aduan atau maklumat awam dan pesuruhjaya bangunan, satu pasukan khas PTG Selangor diwujudkan bag isu hak milik strata bermasalah.

“Namun, PTG boleh mengambil tindakan mengikut Seksyen 8 Akta Hak Milik Strata 1985 terhadap mana-mana pemilik asal tanah atau pemaju gagal mengemukakan permohonan hak milik berkenaan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI