fbpx

21 maut akibat keracunan arak di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dibawa menggunakan pengusung ke sebuah hospital di Ahmedabad pada 26 Julai lalu. – AFP

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya 21 orang mati, manakala 30 yang lain jatuh sakit selepas minum minuman beralkohol di lokasi di mana arak diharamkan di India, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Insiden berlaku di Ahmedabad dan Botad dalam negeri Gujarat, di mana aktiviti menghasilkan, menjual atau meminum minuman keras adalah dilarang sama sekali.

Beberapa suspek yang disyaki terlibat dalam kegiatan menjual minuman keras tersebut telah diberkas dan ditahan. Polis kini melancarkan operasi menyerbu lokasi yang menjadi sarang membuat arak tempatan, lapor agensi berita Press Trust of India.

“Sebuah pasukan terdiri daripada makmal sains forensik dan doktor sedang menyiasat kandungan alkohol tersebut.

“Kami hanya boleh memberitahu punca kematian selepas mendapat laporan bedah siasat,” kata Ketua Polis tempatan, Ashok Yada. 

Undang-undang ketat berkaitan  arak di beberapa bahagian di India termasuk Gujarat mendorong penduduk menghasilkan arak buatan sendiri secara haram dan dijual pada harga murah.

Situasi itu menyaksikan arak dicampur dengan bahan kimia berbahaya seperti racun makhluk perosak bagi menguatkan lagi kesan alkohol.

Gujarat adalah satu-satunya negeri di India di mana pengeluar arak buatan sendiri berdepan dengan hukuman mati.

Negeri-negeri lain seperti Bihar, Mizoram dan Nagaland turut mengharamkan aktiviti berkaitan alkohol, daripada menghasilkan sehingga meminum minuman tersebut.

Sebilangan negeri lain pula membenarkan penghasilan dan pengambilan minuman keras namun, menetapkan ‘hari bebas alkohol’ di mana aktiviti tersebut menjadi satu kesalahan seperti ketika cuti sempena acara keagamaan.

Bagi pelancong asing, mereka dibenarkan mengambil minuman keras ketika berada di Gujarat, namun perlu memohon permit secara online. – AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI