fbpx

Zakat hampir RM1 juta, Aliff Syukri menangis dapat anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF Syukri tidak dapat menahan air mata apabila diberi penghargaan sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada tahun lalu.

PETALING JAYA – Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri menangis kegembiraan apabila dapat sama-sama menyumbang mengurangkan beban masyarakat menerusi potongan zakat.

Kata Aliff, 34, sebelum ini ketika mula berniaga pada 15 tahun lalu, dia hanya mampu membayar zakat sebanyak RM7 setiap bulan.

Kini, usahawan itu mampu membayar lebih hasil tiga jenis perniagaan yang diusahakannya sehingga layak menerima penghargaan sebagai pembayar zakat terbesar di Selangor dengan jumlah hampir RM1 juta pada tahun lalu.

Menerusi sebuah video dalam Instagramnya, Aliff turut berkongsi kehadirannya dalam majlis penghargaan yang berlangsung di Pusat Zakat Selangor, semalam.

“Hari indah buat saya dan isteri. Syukur hari ini Zakat Selangor beri penghargaan kepada kami antara pembayar zakat terbesar di Selangor, hampir RM1 juta pada 2021.

“Hasil bisnes @as.hijabofficial @dherbsholdingshq @sugehecoresort. Dulu masa berniaga 15 tahun lalu, saya hanya mampu bayar RM7 zakat setiap bulan.

“Tapi saya selalu tanamkan azam nak bayar lebih dan menjadi satu semangat untuk saya kerja keras. Terima kasih doa ibu kandung saya dan isteri,” tulisnya.

Tambah usahawan yang bergelar penyanyi itu lagi, meskipun pencapaian tersebut tidak sehebat mana tetapi dia memohon agar semua mendoakan bisnesnya terus sukses.

“Alhamdulillah hari ini jadi kenyataan. Tidaklah hebat nak banding dengan mereka yang jauh lebih berjaya. Tapi saya mohon anda doakan saya sentiasa berjaya dalam perniagaan.

“Semoga dapat memberi lebih banyak bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya lagi.

Dalam perkongsian sama, Aliff yang menangis teresak-esak menunjukkan plak penghargaan yang diterimanya daripada Pusat Zakat Selangor.

“Saya mula bayar zakat seawal usia 19 tahun. Tanpa isteri saya, mungkin hari ini saya tak mungkin dapat bayar zakat hampir RM1 juta.

“Tanpa pengguna, stokis dan kakitangan, pastinya saya takkan sampai ke tahap ini. Semoga video ini menjadi kenangan dan bekalan akhirat saya kelak,” tulisnya dalam video tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI