fbpx

Rogol: Penceramah bebas direman lima hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penceramah bebas direman lima hari bermula hari ini sehingga 1 Ogos depan di Mahkamah Majistret Ipoh bagi membantu siasatan kes rogol remaja 14 tahun. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Polis mendapat perintah tahanan reman selama lima hari lagi terhadap seorang penceramah bebas bergelar ustaz berkaitan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun.

Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus di Mahkamah Majistret Ipoh di sini hari ini.

Perintah reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dijalankan terhadap suspek berusia 30 tahun.

Terdahulu, individu itu direman selama lima hari oleh polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Kontinjen Kuala Lumpur bagi siasatan kes sama.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI