fbpx

Melaka kenal pasti 13 tapak PPR baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULAIMAN Md. Ali (tiga dari kiri) menyerahkan skim RTO kepada penerima pada Majlis Pelancaran Skim RTO PPR Tehel dan PPR Krubong di Jasin, Melaka.

JASIN – Kerajaan negeri telah menghantar 13 cadangan tapak projek perumahan rakyat (PPR) Melaka kepada kerajaan Persekutuan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan RMK-13.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, jumlah keseluruhan tapak cadangan projek itu melibatkan kawasan seluas 36.26 hektar.

Katanya, 13 kawasan itu membabitkan PPR Lendu, PPR Machap, PPR Lesung Batu, PPR Bukit Katil, PPR Kudu, PPR Pondok Batang dan PPR Nyalas.

“Semua ini (cadangan) telah kita hantar dan kawasan seperti mana saya sebut tadi telah dikenal pasti, cuba masukkan dalam RMK-12.

“Inilah 13 kawasan baru untuk kita bina PPR dan kalau boleh konsep PPR ini nanti cuba buat konsep sewa untuk dimiliki (RTO), kita boleh lihat kemudahan di PPR Tehel ini sangat cantik dan biarlah (projek baru) rakyat Melaka dapat memiliki rumah berkualiti,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran RTO PPR Tehel dan PPR Krubong di sini, hari ini.

Tambahnya, turut terlibat dalam cadangan itu adalah PPR Asahan, PPR Masjid Baru, PPR Paya Rumput, PPR Sungai Udang, PPR Durian Tunggal dan PPR Sungai Rambai.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI