fbpx

Kem badminton kini selangkah kutip dua pingat emas – Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHID gembira dengan kejayaan para pemainnya untuk mengulangi pencapaian ke final edisi 2018 di Nay Pyi Daw, Myanmar.

UBON RATCHATHANI – Skuad badminton negara semakin hampir untuk membolot dua pingat emas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 di Thailand.

Ia selepas kedua-dua pasukan badminton negara berjaya mengesahkan tempat ke pentas final bertemu Indonesia di Universiti Ubon Ratchathani ­Rajabhat hari ini.

Ketua jurulatih skuad badminton AUG negara, Datuk Rashid Sidek gembira dengan kejayaan para pemainnya untuk mengulangi pencapaian ke final edisi 2018 di Nay Pyi Daw, Myanmar.

“Untuk perlawanan esok (hari ini), saya rasa ia bukan satu tugas mudah untuk menentang Indonesia. Peluang untuk dapatkan emas itu 50-50.

“Apa-apapun, kedua-dua pasukan ini akan memberi aksi yang terbaik supaya dapat memastikan dua emas berada
dalam genggaman Malaysia,” katanya.

Skuad lelaki mengesahkan tempat ke final apabila menamatkan saingan liga sepusingan di kedudukan kedua selepas menewaskan Singapura 5-0 dalam aksi terakhir semalam.

Kejayaan sama turut dilakar skuad wanita menerusi kemenangan 5-0 ke atas Singapura semalam.

Sebagai rekod, kontinjen negara meletakkan sasaran tiga pingat emas daripada keseluruhan tujuh yang ditawarkan untuk acara badminton di pentas AUG.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI