fbpx

[VIDEO]Berebut kawasan niaga buah potong rupanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki berlagak samseng memarahi peniaga wanita kerana berebut kawasan berniaga buah potong (gambar kiri) sebelum dia dicekup pihak polis (gambar kanan).

BATU PAHAT – Tindakan seorang lelaki berlagak samseng memarahi seorang peniaga wanita yang berlaku di sekitar Batu Pahat sebelum video insiden itu tular sejak semalam rupanya kerana berebut kawasan berniaga.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, hasil siasatan ke atas video berdurasi dua minit tujuh saat yang tular itu mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah restoran di Parit Raja di sini.

Menurutnya, ketika kejadian, pengadu yang juga seorang wanita bersama anaknya menunggang motosikal menjual buah potong dari satu kedai ke satu kedai lain pada waktu malam.

“Pengadu sebelum ini menjalankan perniagaan yang sama di sekitar kawasan Tongkang Pecah sejak 10 tahun lalu bersama tiga orang anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun.

“Bagaimanapun, pengadu berhasrat meluaskan kawasan jajaannya hingga ke Parit Raja sebelum ditahan oleh suspek dan memarahinya dengan cara yang kasar agar tidak mengganggu kawasan perniagaan suspek,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata, susulan kejadian pada pujul 11.45 malam, 25 Julai lalu, pengadu iaitu wanita berusia 40 tahun tampil membuat laporan polis di Balai Polis Parit Raja.

Tegasnya, lelaki yang berusia 37 tahun itu bagaimana pun berjaya ditahan dan disoal siasat, hasil siasatan mendapati suspek juga adalah seorang peniaga buah potong dan minuman.

“Suspek mengakui memarahi pengadu kerana tidak mahu pengadu menjaja di kawasan Parit Raja kerana boleh menjejaskan perniagaannya,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI