fbpx

Bank Kenya kehabisan wang akibat aktiviti merasuah rakyat semasa berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster kempen pilihan raya di kawasan setinggan di Kibera, Nairobi, menjelang pilihan raya yang akan datang. - EPA/Dai Kurokawa

NAIROBI, Kenya – Cawangan bank tempatan di Kenya kehabisan wang kecil kerana ahli-ahli politik negara itu menggunakannya untuk memberi rasuah kepada orang ramai dalam usaha memancing undi menjelang pilihan raya umum bulan depan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Fred Matiang’i. Beliau berkata, ahli-ahli politik telah menghulurkan  wang tunai atau hadiah percuma lain kepada orang ramai yang hadir ke perhimpunan kempen mereka menjelang hari mengundi pada 9 Ogos ini.

Gejala rasuah dianggap perkara biasa dan menjadi endemik di Ghana.

“Anda boleh melihat calon-calon  bertanding membawa wang di dalam beg, membariskan rakyat tempatan dan memberi mereka AS$0.17(75 sen) setiap seorang.

“Kini bank-bank tempatan kekurangan wang kertas 200 dan 100  kerana ahli politik berlumba-lumba merasuah penduduk kampung,” kata Matiang’i.

Tambah beliau, orang ramai enggan bekerja dan berdiri di tepi jalan hanya untuk mendapatkan wang tersebut.

Rasuah semasa berkempen adalah satu kesalahan, manakala pelaku boleh didenda sehingga dua juta syiling Kenya (RM75,000) atau hukuman penjara enam tahun.

Pada Ogos ini, rakyat Kenya akan memilih bukan sahaja Presiden baharu tetapi juga ratusan ahli Parlimen dan kira-kira 1,500 pegawai daerah.

Kebanyakan calon  yang bakal bertanding memiliki latar belakang  kegiatan rasuah yang disahkan.

Mereka termasuk seorang ahli Parlimen yang didenda AS$7 juta (RM31 juta) kerana rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 67 tahun, penjawat awam yang dikenakan perintah rampasan aset dan  wakil rakyat yang disabitkan dengan kesalahan rasuah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI