fbpx

PM bentang RUU larangan lompat parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, membentangkan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas yang mengkaji RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

“Kerajaan memandang serius tindakan bertukar parti atau ‘lompat parti’yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum. Ini kerana ia melibatkan mandat atau
kepercayaan rakyat yang memilih wakil mereka di Dewan Rakyat.

“Bagi membuktikan keseriusan kerajaan dalam perkara ini, jemaah menteri bersetuju untuk merealisasikan Pindaan Perlembagaan Berkenaan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti yang diketuai oleh Yang Berhormat (YB) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),” katanya di sini hari ini.

Draf baharu RUU itu sudah dibentang di meja setiap Ahli Parlimen pada 18 Julai lalu, antara lain bagi memberi masa mencukupi kepada Ahli Parlimen meneliti kandungan draf RUU sebelum ia dibahaskan bermula hari ini sehingga esok.

Selepas selepas perbahasan dan penggulungan, undian belah bahagian perlu dilaksanakan untuk RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat.

Perkara 159 Perlembagaan memperuntukkan sesuatu RUU bagi meminda Perlembagaan, selain yang dikecualikan daripada peruntukan itu dan hanya boleh diluluskan di Parlimen dengan sokongan tidak kurang dua pertiga pada bacaan kali kedua dan ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI