fbpx

Perak bincang kedudukan Paul Yong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Zahir

IPOH – Kedudukan Paul Yong Choo Kiong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh akan dirujuk kepada penasihat undang-undang negeri selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan merogol.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, perkara itu dirujuk kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan pandangan rasmi.

“Peguam Paul Yong telah dapat mendapat (kebenaran) penangguhan hukuman dan dibenarkan mengemukakan rayuan ke Mahkamah rayuan.

“Jadi, proses mahkamah masih belum selesai. Apa pun, saya telah rujuk perkara ini kepada penasihat undang-undang negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Choo Kiong, 52, yang berpengalaman selama sembilan tahun sebagai wakil rakyat memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) atas tiket DAP bagi DUN Tronoh.

Beliau bagaimanapun mengisytiharkan keluar daripada parti dan memilih untuk menjadi ADUN Bebas pada Mac 2020 sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Disember 2020 sebagai ahli bersekutu.

Terkini, beliau menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) sejak Januari lalu dan dilantik sebagai bendahari agung parti tersebut.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI