fbpx
PEMAIN Negeri Sembilan FC, Mohamad Izzuddin Mohd Roslan, dihalang pemain pertahanan Terengganu FC, Muhammad Alif Zakaria, ketika beraksi pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban, hari ini.-GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

Liga Super: NSFC tewaskan Terengganu FC di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) memperoleh tiga mata selepas mengalahkan pasukan Terengganu FC 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Skuad kendalian K. Devan berjaya memperolehi gol pertama melalui Yaser Armando Pinto pada minit ke-17 manakala satu gol lagi menerusi jaringan Gustavo Almeida Dos Santos pada minit ke-51.

Sementara itu, gol saguhati Terengganu FC dijaringkan ketua pasukan, Tchetche Kipri pada minit ke-19. NSFC kini kekal di tangga ketiga Liga Super dengan mata terkumpul sebanyak 23. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR