fbpx

Keluarga ‘sorok’ penderaan anak, menantu sebab takut malu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ada segelintir ibu bapa mahupun mertua sanggup bertindak mendiamkan diri daripada membantu membela nasib anak atau menantu yang menjadi mangsa penderaan suami.

Menurut peguam syarie, Nabila Rahim, antara alasan yang menjadi punca utama segelintir keluarga melindungi kisah penderaan dalam rumah tangga adalah bimbang akan mendapat malu serta dipersendakan orang sekeliling.

“Banyak kes saya jumpa, ada ahli keluarga yang tidak membantu untuk isteri terutamanya memfailkan perceraian.

“Ada kes yang mana suami sudah bertindak kasar, memukul isteri, naik tangan tetapi dihalang oleh ahli keluarga untuk membuat laporan polis dan alasan mereka kerana malu kalau suami atau menantu masuk penjara, apa kata jiran, dimana nak letak air muka,” kongsinya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Nabila, situasi tersebut menjadikan golongan isteri buntu dan dalam keadaan tertekan, mereka tidak ada tempat mengadu serta bergantung.

“Sepatutnya peranan dan tanggungjawab keluarga adalah membantu isteri yang teraniaya mendapatkan hak di mahkamah temasuklah sokongan, bagi dorongan untuk isteri bangkit dan mendapat semangat.

“Tetapi, hakikat kebanyakan yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka lebih takutkan apa pandangan jiran, apa orang sekeliling akan cakap berbanding memikirkan apa yang kesakitan, kesengsaraan yang dialami oleh isteri,” katanya.

Nabila sempat berpesan sebagai masyarakat adalah menjadi satu keperluan dan tanggungjawab untuk membantu jika ada pasangan yang memerlukan bantuan.

“Mereka perlukan bantuan dan sokongan untuk hak mereka. Jangan disebabkan tindakan kita yang tidak ingin membantu, mereka terus dizalimi dan teraniaya oleh kekejaman suami,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI