fbpx

Individu hina Islam, mengaku nabi wanita pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar wanita yang dikatakan menghina Islam

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang terkenal di media sosial dengan beraninya menggelarkan dirinya sebagai nabi wanita pertama sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai.

Meninjau ke laman TikTok milinya, pelbagai video ‘lucah’ turut dikongsikan dengan mempamerkan aksi keterlaluan serta pakaian tidak senonoh walaupun dia turut memakai hijab.

Katanya, tudung adalah perhiasan orang Islam yang perlu dipakai, namun cara pemakaian dan pemilihan baju itu terpulang pada individu walaupun mereka ingin menggayakan dalam bentuk seksi.

Difahamkan, dia merupakan seorang wanita Arab dan lokasinya ketika ini masih tidak diketahui.

Lebih parah, dia juga memuat naik video sedang membaca al-Quran serta mengajuk pergerakan dan bacaan ketika solat sambil memakai kostum ‘lucah’.

Bagaimanapun, orang ramai menggesa laporan dibuat kepada pihak TikTok agar akaun tersebut disekat kerana hasil perkongsiannya menghina agama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI