fbpx
Gambar hiasan

Elektrik terputus: Bekalan elektrik pulih sepenuhnya – TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan elektrik kepada semua kawasan yang mengalami gangguan elektrik pada pukul 3.02 petang.

TNB dalam satu kenyataannya sebentar tadi berkata, kebanyakan kawasan terjejas berjaya dipulihkan secara berperingkat seawal 20 minit gangguan berlaku hasil usaha berterusan Pasukan Teknikal TNB.

“Siasatan TNB mendapati gangguan bekalan yang bermula pada jam 12:39 tengahari ini berpunca daripada kerosakan di salah satu peralatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Yong Peng North di Yong Peng, Johor.

“Masalah itu telah mengakibatkan kehilangan beban sebanyak 2.2GW yang merupakan 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan di Semenanjung Malaysia,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, TNB turut memohon maaf kepada semua pelanggannya yang terganggu disebabkan masalah teknikal tersebut.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini.

“Untuk sebarang pertanyaan mengenai gangguan bekalan, pengguna boleh menghubungi talian TNB Careline di 15454,” jelasnya lagi.

POPULAR