fbpx

Benjamin Mora sah tinggalkan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT mengesahkan jurulatih kelahiran Mexico berkenaan telah dilepaskan.

ISKANDAR PUTERI – Teka-teki ketiadaan Benjamin Mora dalam dua perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) terjawab apabila skuad Harimau Selatan mengesahkan jurulatih kelahiran Mexico berkenaan telah dilepaskan.

JDT dalam satu kenyataan memberitahu, keputusan berkenaan dibuat Mora sendiri atas alasan peribadi namun pihaknya sentiasa terbuka untuk menerima kehadirannya kembali.

“Kelab JDT mengucapkan terima kasih kepada Benjamin Mora atas khidmat baktinya.

“Benjamin telah meminta untuk membenarkan beliau pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan dan JDT telah menghormati permintaan tersebut dan akan membiarkan pintu sentiasa terbuka untuk beliau kembali pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Mora merupakan jurulatih JDT paling berjaya dalam sejarah kelab dengan mengemudi empat kejuaraan Liga Super Malaysia, empat Piala Sumbangsih, satu Piala Malaysia dan membawa JDT ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

“Benjamin telah mengendalikan 148 perlawanan sepanjang dua kali tugasan sebagai jurulatih JDT sejak 2017, dan memenangi 102 perlawanan.

“Terima kasih, Benjamin. Anda akan selamanya menjadi sebahagian daripada Keluarga JDT. Jumpa lagi,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, spekulasi membabitkan pengendali berusia 43 tahun itu meninggalkan skuad Harimau Selatan bertiup kencang sejak beberapa hari lalu selepas ketiadaannya di tepi padang dalam dua perlawanan JDT.

Sepanjang ketiadaan Mora, penolong jurulatih, Mohd. Hamzani Omar, mengendalikan pasukan itu yang menyaksikan JDT menewaskan Penang FC 1-0 dan Melaka United 2-1.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI