fbpx

Kim Tae-hee derma sejuta pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM TAE-HEE

BUKAN sahaja terkenal kerana kecantikan dan peribadi lembut, tetapi aktres terkenal Kim Tae-hee juga seorang yang sangat dermawan.

Dia sekali lagi menuai perhatian dan pujian peminat apabila dilaporkan menyalurkan sumbangan besar kepada golongan memerlukan.

Agensi aktres itu, Story J Company dalam satu kenyataan berkongsi, Tae-hee menyumbangkan sebanyak 1.1 juta pelitup muka jenis KF94 kepada organisasi badan bukan kerajaan, G Foundation bersama SB Global Healthcare and Blue D&M.

Difahamkan, jumlah sumbangan Tae-hee bernilai sekitar 980 juta won bersamaan lebih RM3.3 juta.

“Saya berharap pelitup muka ini akan disalurkan kepada keluarga kurang berkemampuan, termasuk kanak-kanak dan remaja supaya semua orang kekal selamat dan sihat berdepan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, G Foundation dalam satu kenyataan lain berkata, pelitup muka sumbangan isteri kepada penyanyi dan aktor Rain itu akan disalurkan kepada golongan sasaran.

“Pada zaman ini, pelitup muka sangat diperlukan, kami akan menyalurkan sumbangan kepada golongan ibu bapa tunggal, kanak-kanak, remaja termasuk warga emas yang tinggal bersendirian bagi membendung Covid-19,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI