fbpx
BARELLA

Antonio Conte mahu bawa Nicola Barella ke London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Antonio Conte sedang berusaha mencari jalan untuk kembali menjalinkan kerjasama dengan bekas pemainnya di Inter Milan, Nicolo Barella pada jendela perpindahan kali ini.

Pemain tengah berusia 25 tahun itu berjaya digilap Conte sehingga menjadi tonggak penting ketika membantu Inter merangkul gelaran Serie A pada musim 2020.

Conte mengakui sangat meminati gaya permainan Barella menyebabkan timbul beberapa laporan di Itali bahawa pemain itu mungkin akan berhijrah ke London untuk kembali bersama bekas jurulatihnya itu.

Biarpun sudah berjaya mendapatkan khidmat Yves Bissouma, Conte dikatakan mahu mendapatkan seorang lagi pemain tengah dan menamakan Barella sebagai calon terbaik diinginkannya itu.

Bagaimanapun, impian Conte itu mungkin tidak akan tertunai dengan mudah apabila Barella memiliki kontrak sehingga 2026 di San Siro dan dinilai pada harga £60 juta (RM320.39 juta) sebagai yuran perpindahan.

Conte juga dilaporkan bakal melepaskan beberapa pemain tengahnya seperti Giovani Lo Celso, Tanguy Ndombele dan Harry Wink menyebabkan beliau memerlukan pemain baharu untuk mengisi kekosongan tersebut.

Kelibat Barella bukan sahaja dipantau secara dekat oleh Spurs, tetapi Liverpool juga dikatakan turut berminat selepas mereka gagal mendapatkan Aurelien Tchouameni yang memilih untuk bersama Real Mad­rid. – AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN