fbpx

Tular: Kes keputusan pelajar SPM gagal telah selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa dakwaan keputusan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih kekal gagal selepas tidak hadir akibat kontak rapat atau terkena jangkitan Covid-19 sudah diselesaikan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kebanyakan isu berkenaan yang berlaku telah diselesaikan selepas diadukan kepada pihak sekolah.

“Kebanyakan kes tersebut telah berjaya diselesaikan, jika masih wujud isu itu mungkin ada kesalahan ‘terlepas pandang’ di dalam sistem peperiksaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Eksplorasi Alam Lestari di Zoo Negara, di sini hari ini.

Menurut Radzi, pelajar serta pihak sekolah yang masih mengalami masalah itu perlu mengadukan perkara berkenaan kepada KPM supaya dapat diteliti dan diselesaikan secepat mungkin.

“Jika masalah ini berlanjutan, KPM akan meneliti hal tersebut jika ada masalah di dalam sistem dan sebagainya selain memberi ruang untuk kita menyelesaikan isu terbabit,” jelasnya.

Baru-baru ini, terdapat dakwaan keputusan akhir segelintir pelajar SPM yang terpaksa menduduki semula peperiksaan akibat tidak hadir atas faktor kesihatan mengambil masa lama untuk ditukar semula kepada keputusan yang terbaharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI