fbpx
Kereta yang dipandu Iman Aqmar di temui tenggelam di dasar Sungai Api-Api di Nenasi, Pekan, Pahang.

Jenazah Iman Aqmar akan dikebumi di Pasir Gudang malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, di sini malam ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh ibu Allahyarham, Asmawati Kadir, 55, ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.

Terdahulu, Asmawati berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan bagi membuat ujian pemadanan asid deoksiribonukleik (DNA) mereka untuk dibandingkan dengan rangka yang ditemui.

“Tadi sudah pun dibuat ujian pemadanan DNA seperti yang diminta. Alhamdulillah, jenazah Muhammad Iman boleh dibawa pulang pada hari ini.

“Selepas selesai jenazah dimandikan, dikafan dan disolatkan, kami akan bawanya pulang untuk dikebumikan di Pasir Gudang. InsyaAllah, lepas Asar kami akan bertolak,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE

POPULAR