fbpx

IRDA catat pelaburan komited RM13 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Ahli IRDA kali ke-30 di ibu negara hari ini. - Foto IHSAN PMO

PUTRAJAYA – Sebanyak RM13 bilion pelaburan komited telah pun dicatatkan oleh Iskandar Malaysia setakat Jun lalu yang mana RM6 bilion daripada pelaburan tersebut telah pun direalisasikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah yang dicatat itu membuktikan pelabur-pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.

“Sebanyak lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembangunan pusat data yang akan memberikan pertambahan peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia.

“Secara keseluruhannya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekonomi yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz telah mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) kali ke-30 di ibu negara yang turut dihadiri oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sejak penubuhannya, IRDA telah merekodkan sejumlah RM219 bilion yang mana sebanyak 60 peratus atau hampir RM221 bilion daripadanya adalah pelaburan domestik dan selebihnya RM148 bilion daripada pelaburan asing.

Menurut Ismail Sabri, IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan.

“Pembangunan teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama Pertanian Moden disegerakan di kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara.

“Ini adalah sejajar dengan agenda kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamakan IRDA sebagai “Agrifood Hub” Malaysia,” ujar beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI