fbpx

1.7 juta kanak-kanak Indonesia tidak terima suntikan imunisasi rutin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelabacarn BIAN di wilayah Lampung pada Mei lalu. - Jabatan Kesihatan Lampung

JAKARTA – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Indonesia, Suhajar Diantoro mendedahkan bahawa seramai 1.7 juta kanak-kanak di republik berke­naan tidak menerima suntikan imunisasi rutin seperti yang ditetapkan, lapor laman berita Kompas semalam.

Suhajar berkata,  pihaknya meminta semua pentadbiran  tempatan (Pemda) menyokong pelaksanaan Bulan Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan (BIAN) 2022 bagi memastikan angka tersebut menurun.

“Sokongan dapat dilakukan melalui penganggaran yang memadai, serta melibatkan seluruh Organisasi Peringkat Daerah (OPD) termasuk tokoh masyarakat,” kata Suhajar.

“Kementerian Dalam Negeri menumpukan kepada pengliba­tan pentadbiran tempatan daripada peringkat wilayah, daerah serta bandar agar dapat membentangkan bajet pelalian dan menyelaraskannya dengan OPD berkaitan pelaksanaan BIAN,” sambungnya.

Suhajar berkata, penglibatan PBT perlu dilaksanakan di pe­ringkat kampung atau kelurahan dengan disokong pencapaian sasaran imunisasi secara mapan mulai tahun ini.

Beliau mendedahkan bahawa berdasarkan data Direktorat Besar (Ditjen) Pembangunan Kewangan Wilayah (Keuda) Kementerian Dalam Negeri, peruntukan belanjawan untuk pengurusan kesihatan melibatkan Anggaran Tahun 2022 Wilayah dan Kabupaten/Kota adalah berjumlah 162.47 trilion rupiah (RM48 bi­lion).

“Atas sebab ini, diharapkan peruntukan bajet kesihatan negara dapat digunakan sebaik mungkin untuk mewujudkan masyarakat Indonesia yang sihat,” jelas Suhajar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI