fbpx
NELYDIA SENROSE berkongsi momen istimewa bersama suami semasa menunaikan haji baru-baru ini.

Selesai tunai haji, Nelydia kagumi pengorbanan suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon cantik Nelydia Senrose memanjat kesyukuran atas pengorbanan dan keikhlasan suaminya, Mohd. Hafez Helmi, sepanjang menjadi ‘syurga’ dan memimpinnya ke jalan Allah.

“Syurgaku, terlalu banyak usaha, pengorbanan dan besar pelaburanmu untuk kita menjadi tetamu Allah. Niat dan keikhlasanmu untuk ke jalan Allah sangat ku kagumi.

“Dia (suami) tidak pernah berkira-kira untuk memberi yang terbaik demi jalan Allah. Dia juga menjagaku dengan penuh hormat dan kasih sayang.

“Dialah sebaik-baik rezeki buatku dari yang Maha Agung. Moga Allah satukan hati kami hingga ke syurga-Nya,” coretnya dalam Instagram sambil berkongsi beberapa keping gambar kenangan ketika mengerjakan wukuf di tanah Arafah.

Menjengah ruangan komen, Hafez tampil membalas coretan tulus isterisnya.

“Ya Allah, perkara ini juga tidak akan berlaku tanpa doamu juga sayang.

“Terima kasih kerana menjadi isteri yang baik. Awak adalah anugerah terindah dalam hidup saya dari Allah,” komennya.

Pada hantaran sama, pelakon drama Khilaf Asmara itu turut merakamkan penghargaan kerana berpeluang menjadi tetamu Allah dan mendoakan umat Islam lain turut diundang sama menunaikan haji bagi mereka yang sudah lama menanti.

Terdahulu pada 3 Julai, Nelydia menerusi perkongsian dalam Instagram bersyukur dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan haji bersama suaminya.

Sekadar info, pasangan ini bernikah pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak dua tahun sebelumnya.

POPULAR