fbpx

Kalvin Phillips pilih setia, jaga hati Leeds United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PHILIPS dilihat naik berat badan mendadak selepas pulang daripada tugas antarabangsa bersama skuad England pada Piala Dunia Qatar 2022 baru-baru ini. – AFP

MANCHESTER – Pemain baharu Manchester City, Kalvin Phillips mengakui berasa sa­ngat bertuah apabila dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United sebelum memilih pasukan yang menjadi seteru setempat kelab itu.

Phillips mendedahkan bahawa keputusan untuk memilih ke Etihad adalah kerana ke­setiaannya kepada Leeds United yang merupakan musuh sejak sekian lama buat United dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Dia mengakui bahawa dia langsung tidak berminat untuk menyertai United walau apa sahaja tawaran diberikan kerana dia merupakan peminat sejati Leeds.

“Tidak. Langsung tidak ada peluang untuk saya memilih menyertai United. Anda tahu bagaimana kesetiaan saya kepada Leeds dan keluarga saya juga adalah peminat setia pasukan itu.

“Saya sangat menghormati hasrat United mendapatkan khidmat saya kerana mereka adalah salah satu pasukan besar di dunia. Tetapi, menyertai mereka bukanlah satu pilihan dan sebab itulah saya menyertai seteru mereka, City.

“Saya hanya mahu menunjukkan kesetiaan kepada pasukan yang telah memberikan peluang terbesar dalam karier saya. Leeds adalah pasukan pertama yang menandatangani saya, sudah tentu saya tidak sanggup untuk melukakan mereka,” katanya.

Phillips berjaya membuat 235 penampilan sepanjang lapan musim di Elland Road dan masih mempunyai kontrak selama dua tahun sebelum membuat keputusan menyertai City pada jendela perpindahan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI