fbpx

Polis kesan pekerja ubah suai rumah Zalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALINA AZMAN

SHAH ALAM – Polis kini mengesan pekerja yang pernah melakukan kerja pengubahsuaian rumah bekas pembaca berita, Zalina Shaharah Azman, 57, di Seksyen 3 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, ini bagi membolehkan keterangan mereka diambil bagi membantu siasatan kehilangan wanita tersebut.

“Kita masih menjalankan siasatan bagi mengesan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengubahsuaian itu yang mungkin boleh membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rumah Zalina di Seksyen 3, Shah Alam.

Sebelum ini, seorang pemilik pusat tahfiz, Mohammad Bokhari Sharif, 76, yang mengoperasikan tahfiz bersebelahan rumah Zalina itu mendakwa bahawa terdapat kerja-kerja pengubahsuaian terhadap rumah tersebut pada tahun 2019.

Bagaimanapun, kerja-kerja tersebut terbengkalai beberapa bulan sebelum Zalina hilang.

Dalam perkembangan berlainan, Mohd. Iqbal menegaskan pihaknya telah merakam keterangan daripada enam ahli keluarga bagi membantu siasatan berhubung kehilangannya Zalina itu.

“Enam ahli keluarga telah direkodkan keterangan selepas laporan polis dibuat (pada 29 November tahun lalu),” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI