fbpx

Konvoi Thailand ‘pergi tak kembali’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

Selama tiga hari berturut-turut Kosmo! menyiarkan berita mengenai isu ganja di muka depannya.

Di sebalik ribuan menyokong supaya marijuana terus diharamkan di negara ini, ada segelintir yang memberi komen dan menghantar e-mel marah-marah dengan laporan ‘Konvoi cari ganja halal di Thailand’.

Sudah tentu mereka marah kerana rancangan untuk melancong ke sana dengan tujuan mengambil ganja tanpa rasa takut sudah terbongkar.

Mungkin selama ini, mereka merupakan antara pembeli bahan khayal secara haram di Malaysia.
Alasan kononnya hendak menikmati ganja asli dan bukannya yang telah dimampatkan seperti yang berlambak di pasaran gelap tidak dapat diterima langsung.

Ada juga yang memberi hujah bahawa apa salahnya menghisap ganja kerana ia bukannya ciptaan manusia sebaliknya adalah tumbuhan semulajadi berbanding dengan dadah sintetik seperti syabu, eramin 5, dan pil kuda.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, boleh kita rumuskan bahawa pengambil ganja di negara ini mempunyai kelompok yang ramai sama ada yang tegar atau sekadar suka-suka menghisapnya ketika bersosial atau menghadiri festival tertentu.

Selepas ini, aktiviti konvoi bermotosikal ke Thailand akan dipandang serong. Jika hendak pulang, Agensi Anti Dadah Kebangsaan sudah bersiap sedia menunggu di pintu sempadan untuk melakukan ujian saringan air kencing secara rawak.

Nampak sahaja muka mencurigakan, akan dipanggil untuk diambil sampel air kencing. Oleh sebab itu, jangan ingat hendak bersuka ria menghisap ganja di Thailand tanpa memikirkan akibatnya apabila hendak masuk semula ke Malaysia.

Istilah ‘pergi tak kembali’ pasti akan menimpa setengah daripada geng konvoi yang berdegil jika mahu meneruskan hasrat tersebut.

Walaupun ganja adalah tumbuhan semula jadi, tak semua yang diciptakan akan memberi manfaat kepada sesetengahnya jika diambil secara salah.

Buah pinggang akan bekerja lebih masa untuk menapis kandungan kimia dalam ganja yang lama-kelamaan akan merosakkan organ dalaman tersebut.

Nikmat khayal yang dikecapi seketika tetapi kesan buruknya lebih lama akan ditanggung oleh badan.

Tak masuk akal apabila si penagih beriya-iya mengatakan ganja menjadi ubat kepada sesetengah penyakit sedangkan pakar perubatan yang mempunyai pengetahuan lebih mendalam mengenainya menolak mentah-mentah teori songsang itu.

Kalau ia memberikan faedah, polis terlebih dahulu akan mencadangkan kepada kerajaan supaya dikeluarkan daripada kategori racun kerana mereka tahu, kesan dadah lebih bahaya kepada masyarakat.

Teruskan mengharamkan ganja kerana di dalamnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang akan mengakibatkan Keluarga Malaysia terjerumus ke lembah yang paling hina.

Memetik kata sesetengah orang, jika ayam mahal, makan sahaja ikan. Jika mahu mengambil ganja dengan tenang, jangan duduk di sini, sebaliknya pindah ke Thailand, Amsterdam atau Kanada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI