fbpx

Warga emas sesak nafas, 21 hilang tempat berteduh rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar pada malam semalam.

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas dan alahan selepas rumahnya di Felcra Lubuk Sireh di sini terbakar pada malam semalam.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu melibatkan tiga buah dengan dua daripadanya musnah 100 peratus manakala sebuah lagi terjejas kira-kira 30 peratus.

Seramai 21 mangsa tinggal sehelai sepinggang serta hilang tempat berteduh.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd. Shokri Abdullah berkata, sepasukan anggota bertugas terus bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, seramai lapan anggota bomba dan lapan bomba sukarela bersama dua jentera sedang memadam kebakaran di tempat kejadian.

“Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 9.45 malam dan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun seorang warga emas dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah kerana sesak nafas,” katanya.

Katanya, seramai 21 orang termasuk enam lelaki dewasa, sembilan perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan dipindahkan ke tempat selamat.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perlis,” ujarnya.

Pihaknya pada masa sama meminta kerjasama orang ramai menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian di talian 04-9492222 (hotline) dan 04-9491481 (DCC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI