fbpx

Sorok 4,020 peket minyak masak dalam lori, stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak masak peket bersubsidi yang berjaya dirampas selepas disorokkan di dalam sebuah lori dan stor dalam operasi kontraband di Endau, Mersing semalam.

MERSING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan kegiatan seorang lelaki yang menyorok minyak peket bersubsidi bernilai RM10,000 dalam dua serbuan di Endau di sini semalam.

Dalam serbuan pertama pada pukul 7.15 malam itu, seorang lelaki tempatan ditahan di Jalan Dato Mohd. Ali, Endau di sini.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd. Zailani Abdullah berkata, hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan mengaku merupakan pemilik sebuah lori satu tan.

“Pemeriksaan lanjut telah menemui beberapa kotak mengandungi peket minyak masak bersubsidi di dalam lori tersebut.

“Siasatan lanjut terhadap suspek telah membawa ke lokasi kedua sebuah stor di Jalan Haji Ariffin, Endau dan pemeriksaan telah menemui sejumlah kotak yang mengandungi peket minyak masak bersubsidi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek didapati telah melakukan kesalahan di bawah Akta Bekalan 1961 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jumlah rampasan peket minyak masak bersubsidi adalah sebanyak 4,020 peket dengan nilai RM10,030 dan turut dirampas adalah sebuah lori.

“Suspek, lori dan minyak paket bersubsidi telah dibawa balik ke MT Mersing untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat dibawah Sek 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pihak polis menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah kepada pihak berkuasa dalam Negeri Johor terutamanya Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ditalian 07-237 2221 atau 07-237 2222,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI