fbpx

Pelitup muka aloi tembaga cegah jangkitan varian Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nakano (kanan) dan Pengarah Urusan Kanan Yamato Shinku-Kougyo, Kazumi Iwamoto menunjukkan pelitup muka aloi tembaga yang dihasilkan. - Mainichi/Akira Inoh

TOKYO – Sejenis pelitup muka yang dibuat menggunakan aloi tembaga di Jepun disahkan berkesan mencegah jangkitan virus Covid-19 varian Omicron, lapor akhbar The Mainichi semalam.

Pelitup muka empat lapis mengandungi aloi tembaga pada bahagian dalam itu dibangunkan secara bersama oleh pakar mikrobiologi Universiti Perubatan Nara, Ryuichi Nakano dan firma pemprosesan logam, Yamato Shinku-Kougyo Co.

Syarikat itu mengeluarkan pelitup muka aloi tembaga saiz biasa pada Februari lalu  yang dijual pada harga AS$23 (RM102.50) sebungkus sebelum menambah dua lagi saiz pada 15 Julai lalu. Ia berharga AS$20 (RM89.12) bagi saiz kecil dan AS$18 (RM80.20) untuk saiz kanak-kanak.

Nakano yang mula membuat kajian terhadap logam untuk mencegah penyebaran jangkitan di hospital-hospital menerusi tombol pintu, mengesahkan bahawa aloi tembaga khas yang mengandungi pelbagai unsur logam seperti zink menawarkan keberkesanan tinggi dalam menghapuskan virus.

Dengan memanfaatkan teknologi syarikat Yamato Shinku-Kougyo, Nakano berjaya membangunkan pelitup muka antikoronavirus.

Beberapa ujian membuktikan pelitup muka itu dapat  mengurangkan jumlah varian Delta kepada 1/100,000 daripada paras asalnya  dalam masa hanya dua minit. 

Kesan sama terhadap varian Omicron baru sahaja disahkan.

“Kesan ion tembaga dalam memusnahkan RNA nampaknya berkesan. Justeru, penggunaan aloi tembaga amat penting berbanding dengan perak atau tembaga tulen yang hanya berkesan dalam melawan bakteria sahaja,” kata Nakano. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI