fbpx

Biden kejutkan penonton dedah hidap kanser

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe Biden memaklumkan dia menghidap kanser semasa berucap pada Rabu lalu. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membuatkan penonton tertanya-tanya apabila mendedahkan bahawa beliau didiagnosis dengan penyakit kanser, manakala beberapa lapisan kulit yang terjejas telah dibuang pada November lalu, lapor akhbar The Sun semalam.

Kesilapan pendedahan itu dilakukan Biden semasa ucapannya kelmarin mengenai pemanasan global di Somerset, Massachusetts.

Biden ketika itu menggambarkan kesan terhadap kesihatan akibat pelepasan asap dari kilang penapisan minyak berhampiran rumah pada zaman kanak-kanaknya di Claymont, Delaware. Menurutnya, loji itu melepaskan toksin yang buruk, asap dan gas rumah hijau.

Semasa terus bercakap tentang bagaimana kilang penapisan berkenaan menyumbang kepada ‘kecemasan iklim’ di kawasan itu, Biden mengatakan bahawa dia menghidap kanser.

“Itulah sebabnya saya dan ramai orang lain yang membesar bersama saya menghidap kanser dan mengapa Delaware mempunyai kadar pesakit kanser tertinggi di negara ini untuk masa yang lama,” kata Biden.

Tidak jelas sama ada ini adalah pengakuan Biden mengenai status kesihatannya atau kesilapan verbal terbaharu daripadanya. White House tidak segera menjawab permintaan untuk mendapatkan komen daripada akhbar The Sun.

Bagaimanapun, menurut ringkasan kesihatan Biden oleh White House pada 2021, doktornya mengeluarkan lapisan kanser kulit bukan melanoma.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Negara, kanser kulit bukan melanoma ialah jenis kanser yang perlahan-lahan berkembang di lapisan atas kulit.

Istilah bukan melanoma membezakan jenis kanser kulit yang lebih biasa ini daripada kanser kulit yang kurang biasa yang dikenali sebagai melanoma yang boleh menjadi lebih serius. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI