fbpx

Baby Shima pula dikecam, hancurkan lagu Tiara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA

SEJAK kebelakangan ini, kecoh dalam media sosial apabila penyanyi Indonesia, Raffa Affar dikatakan ‘menghancurkan’ lagu Tiara nyanyian asal kumpulan Kris.

Baru reda isu tersebut, penyanyi sensasi, Baby Shima kembali menyemarakkan namanya dalam kalangan netizen apabila menyampaikan lagu Tiara dalam versi dangdut.

Barangkali kedengaran seperti tidak kena, ramai yang melemparkan kecaman dan kritikan kerana bagi mereka versi tersebut kurang sesuai untuk lagu balada rock tersebut.

“Rosak lagu orang. Habis semua nak didangdutkan,” komen netizen.

“Bukan makin sedap, jadi kurang enak bunyinya,” selar seorang lagi netizen.

Mungkin niat Shima hanya ingin mempelbagaikan lagi irama Tiara dengan memasukkan elemen dangdut.

Selera orang lain-lain, pasti ada yang terhibur dengan Tiara versi dangdut. Apa pun, sabar ya semua.

MIZZ LAHAR: Ada selebriti memang pandai cari ‘bahan’ untuk panaskan nama. Mereka dah rancang, netizen saja yang tak faham-faham.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI